Tampilkan postingan dengan label surihani. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label surihani. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 01 Maret 2014
RM50 000 Lesap Dalam Akaun Bank Lisa Surihani
Kuala Lumpur – Wang RM50,000 milik pelakon Lisa Surihani, 26 dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.Menurut laporan Harian Metro, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, mula menyedari kehilangan wang itu ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.“Berikutan itu Siti Amira bersama Lisa Surihani tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.Sementara itu, Lisa Surihani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai.“Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - mStar Online
Minggu, 16 Februari 2014
Lisa Surihani Lancar ‘Lisa’s Fghends’ Demi Peminat

PELAKON Lisa Surihani melancarkan laman web ‘Lisa’s Fghends’ iaitu www.lisasfghends.com sebagai tanda penghargaan buat peminat yang ingin mengikuti perkembangan terkini selebriti itu.
Lisa berkata, selepas meraih ramai pengikut di Facebook, Twitter dan Instagram, dia bercadang untuk membuka sebuah laman web bagi memudahkan peminat-peminatnya berkumpul.
“Memandangkan orang mengenali saya kerana kepelatan sebutan ‘R’, jadi ia sudah menjadi ‘trademark’, dan kerana itu saya muncul dengan laman web Lisa’s Fghends.
“Ia bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan peminat dan menariknya ruangan Diari Lisa dan Borak Lisa turut disediakan. Ia memudahkan peminat mengetahui perkembangan terbaharu saya selain daripada laman sosial yang lain,” katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online.
Tambah Lisa, peminat juga boleh berkongsi apa jua idea di ruangan tersebut malah laman ini juga membolehkan peminat menonton video dan melihat koleksi foto Lisa sendiri mengenai aktiviti hariannya.
Dalam pada itu, para peminat juga boleh membeli barangan cenderahati di dalam laman web tersebut seperti kemeja-T ‘Lisa’s Fghends’, sarung telefon bimbit, ‘Snapback’, payung, , cawan magik, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.
Malah ‘Lisa’s Fghends’ turut menawarkan hadiah percuma kepada 10 peminat bertuah yang berdaftar setiap bulan sebagai tanda penghargaan.
“Selain itu, pelbagai promosi turut ditawarkan khas bagi memudahkan peminat menyimpan barangan cenderahati tersebut sebagai kenangan,” ujarnya.
Pendaftaran Lisa’s Fghends adalah percuma dan selain laman web, para peminat juga boleh mengikuti perkembangan menerusi Facebook (Lisa’s Fghends), Twitter (@LisasFghends), Youtube (lisas fghends) dan Instagram (@lisasfghends).
Sehingga kini, Lisa memiliki sebanyak 2.6 juta pengikut di Facebook, Twitter (1.6 juta) dan Instagram (404,000).
Projek ini dibawakan oleh Dangerous Media Sdn. Bhd. – mStar
Langganan:
Postingan (Atom)