Jumat, 31 Januari 2014

Gambar Perkahwinan Diraja Tengku Amalin Aishah Putri Pengiran Muda Abdul Qawi Selamat Diijabkabul

Jutaan tahniah diucapkan kepada psangan diRaja Tengku Amalin Aisyah Putri dan Pengiran Muda Abdul Qawi diatas perkahwinan baginda.Pasangan Diraja telah selamat diijabkabul pada 27 Jun 2013 di Istana Mahkota Kubang Kerian.

pengantin diraja brunei dan kelantan
YAM Tengku Amalin Aishah Puteri merupakan adinda bongsu DYMM Sultan Mohammed V manakala YAM Pangiran Muda Abdul Qawi pula merupakan anakanda kedua DYMM Paduka Seri Pangiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah

 Lagi gambar majlis perkahwinan YAM Tengku Amalin

majlis perkahwinan diraja brunei dan kelantan 

tengku-amalin (1) tengku-amalin
  tengku-amalin2

  tengku-amalin3


Cantik dan ayu YAM Tengku Amalin.Semoga perkahwinan baginda berkekalan hingga akhir hayat.sekali lagi tahniah kami ucapkan


ReadFull Article ..

Kamis, 30 Januari 2014

‘Hantu’ tersangkut dalam tembok

myMetro 18 Julai 2013

Beijing: Seorang wanita di timur China yang ingin melalui jalan pintas untuk pulang ke rumah terperangkap dalam sebuah tembok selama tujuh jam kerana penduduk menyangkanya hantu.
Jalan susur itu bagaimanapun menjadi sangat sempit menyebabkan dia tersepit di dalamnya, lapor televisyen kerajaan CCTV.

Disebabkan jalan untuk berpatah balik terlalu jauh, wanita dari wilayah Anhui, China itu memilih laluan itu sebelum terperangkap dalam tembok konkrit berkenaan.
Jeritannya tidak membantu kerana penduduk menyangka ia suara hantu.

Akhirnya, seorang penduduk yang melalui kawasan itu menyedari bahawa jeritannya itu benar-benar suara manusia sebelum menghulurkan bantuan.

Dalam rakaman video, anggota bomba dilihat memecahkan bahagian dalam tembok konkrit itu bagi mengeluarkan wanita berkenaan. Menurut laporan media tempatan, operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit. - Agensi
FotoGAMBAR mengikut turutan menunjukkan bagaimana anggota bomba berusaha mengeluarkan wanita yang terperangkap dalam sebuah tembok.
ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Messi Terus Membantu Kemenangan Barcelona

 Messi

BARCELONA – Lionel Messi menambah rekod jaringan untuk 18 perlawanan berturut-turut apabila membantu kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Rayo Vallecano dalam saingan La Liga, awal pagi tadi.
Messi merancang gol untuk David Villa bagi gol pembukaan Barcelona pada minit ke-25, manakala Villa kemudian membantu gol Messi pada minit ke-40.
Villa turut membantu gol kedua Messi pada minit ke-57, sekali gus menjadikan gol ke-42 pemain antarabangsa Argentina itu musim ini.
Kemenangan itu menyaksikan Barcelona mendahului 13 mata di depan Real Madrid untuk merebut kejuaraan liga. – AP
ReadFull Article ..