Tampilkan postingan dengan label jelas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jelas. Tampilkan semua postingan
Senin, 10 Februari 2014
MP mohon mahkamah perintah SPR jelas pemilih hilang
|
Ahli parlimen Klang memfailkan permohonan semakan kehakiman agar mahkamah memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjawab pertanyaannya berkenaan daftar pemilih kawasan beliau.
Menurut Charles Santiago, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi untuk menuntut SPR menjelaskan kehilangan 3,457 pemilih dan perpindahan keluar 2,195 pemilih daripada parlimen P110 Klang.
Menurutnya, 3,457 nama pemilih dikeluarkan terus daripada daftar pemilih untuk penggal keempat dan 2,195 nama pemilih ditukar tempat pengundiannya tanpa pengetahuan mereka.
Perkara itu dakwanya dikesan selepas pilihan raya umum 2008.
Beliau turut memohon penjelasan SPR berhubung kewujudan 61 orang terdiri daripada seorang Cina, 13 orang India dan 47 orang Melayu dalam satu rumah beralamat 994, Jalan Papan, Pandamaran.
Menurutnya, nama itu tidak terdapat dalam senarai pemilih tambahan yang diwartakan pada suku ketiga 2012 tetapi dikesan dalam senarai pemilih bagi suku keempat 2012.
Menurutnya, beliau telah menulis surat bertarikh 21 Disember 2012 dan dihantar secara serahan tangan kepada SPR pada 24 Disember bagi menuntut penjelasan.
Namun katanya, SPR masih belum membalas surat itu walau pun dua bulan telah berlalu daripada tarikh ia dihantar.
Tambahnya, SPR hanya menelefon beliau dan memaklumkan mereka tidak dapat meneliti pertanyaannya kerana juruteknik yang menjaga pengkalan data SPR kini menghadiri pendengaran RCI Sabah.
"Kita kini hanya tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum pilihan raya umum diadakan dan ini tidak adil buat mereka yang tidak dapat mengundi kelak," katanya.
Awal Januari lalu, Charles dilaporkan memohon SPR menjelaskan perbezaan seramai 6,245 orang pemilih bagi statistik rasmi pemilih sehingga penggal ketiga 2011 yang berbeza di antara jumlah rasmi dan pecahan mengikut kaum.
Menurut Charles Santiago, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi untuk menuntut SPR menjelaskan kehilangan 3,457 pemilih dan perpindahan keluar 2,195 pemilih daripada parlimen P110 Klang.
Beliau turut memohon penjelasan SPR berhubung kewujudan 61 orang terdiri daripada seorang Cina, 13 orang India dan 47 orang Melayu dalam satu rumah beralamat 994, Jalan Papan, Pandamaran.
Menurutnya, nama itu tidak terdapat dalam senarai pemilih tambahan yang diwartakan pada suku ketiga 2012 tetapi dikesan dalam senarai pemilih bagi suku keempat 2012.
Menurutnya, beliau telah menulis surat bertarikh 21 Disember 2012 dan dihantar secara serahan tangan kepada SPR pada 24 Disember bagi menuntut penjelasan.
Namun katanya, SPR masih belum membalas surat itu walau pun dua bulan telah berlalu daripada tarikh ia dihantar.
Tambahnya, SPR hanya menelefon beliau dan memaklumkan mereka tidak dapat meneliti pertanyaannya kerana juruteknik yang menjaga pengkalan data SPR kini menghadiri pendengaran RCI Sabah.
"Kita kini hanya tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum pilihan raya umum diadakan dan ini tidak adil buat mereka yang tidak dapat mengundi kelak," katanya.
Awal Januari lalu, Charles dilaporkan memohon SPR menjelaskan perbezaan seramai 6,245 orang pemilih bagi statistik rasmi pemilih sehingga penggal ketiga 2011 yang berbeza di antara jumlah rasmi dan pecahan mengikut kaum.
Selasa, 24 Desember 2013
EKSKLUSIF Dalang ‘Sebenar’ Insiden Lahad Datu Makin Jelas
STATISTIK terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah seramai 108 orang termasuk lapan yang telah dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau.Selain itu, tangkapan kes-kes lain kini bertambah kepada 285 orang (Akta Imigresen-283 orang, Akta Pendaftaran Negara-1 orang dan Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya-1 orang)Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 30 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 63 orang. Bilangan pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera parah adalah sama iaitu 10 orang terkorban dan 10 orang cedera parah.Yang pasti, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini sedang giat mengumpul bukti di lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya.Menurut sumber, cabang perisikan dalam PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sedang melipatgandakan usaha mereka termasuk menjalin kerjasama dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.
” Apa yang boleh kita katakan, dalang ‘sebenar’ insiden ini makin jelas hasil daripada siasatan dan risikan yang dibuat termasuk yang dari soal-siasat ke atas mereka yang kita tangkap.” Namun masih awal untuk memperkatakannya, banyak lagi yang perlu kita lakukan, tunggu masa dan ketikanya saja, buat masa sekarang biarlah kami lakukan apa yang terbaik, kita akan buru mereka yang bertanggung jawab hingga ke lubang cacing,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.Menurut sumber itu, operasi penggempuran, siasatan dan risikan berjalan serentak.Katanya, semua aspek sentiasa diambil kira terutama dalam menganalisis maklumat yang diperoleh agar ia mempunyai ‘kredibiliti’ sekaligus bagi membolehkan tindakan selanjutnya dibuat.” Kita bertanggungjawab mengumpul dan memproses risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam serta mengekalkan keamanan dan keselamatan bukan saja di Sabah tetapi meliputi semua negeri.” Tugas ini telah diamanahkan kepada kami jadi mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikannya…anda boleh semak Seksyen 3(3) dan Seksyen 20(3) Akta Polis 1967 dan anda akan faham apa yang kami maksudkan,” katanya lagi –Mynewshub.my
Langganan:
Postingan (Atom)