Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 15 Februari 2014
Mangsa Tragedi 11 September memeluk Islam
Isnin 22 Julai 2013
(c) cintal.blogspot.com
Tragedi 11 September 2001 adalah salah satu sejarah terkelam yang pernah dialami oleh Amerika. WTC Tower yang menjadi pusat perkantoran dilanggar oleh pesawat terbang yang dibajak, mengakibatkan banyak korban jiwa melayang dan duka mendalam bagi keluarga yang ditinggalkan. Sampai hari ini, banyak publik Amerika yang trauma dengan Islam, kerana diindikasi bahawa teroris Islam lah yang membajak pesawat dan melanggar ke bangunan WTC. Hingga kini banyak yang menganggap bahawa Islam adalah agama teroris, jahat, dan sebagainya. Namun Brandy Korman justru menjadi mualaf pasca tragedi 11 September.
Brandy Korman, wanita yang kini menggunakan hijab ini dulunya adalah mahasiswa Jurusan Bisnis di Universiti Indiana, South Bend. Ketika tragedi 11 September terjadi, Brandy juga melancarkan aksi protes dan memandang Islam sebagai agama yang negatif. Lahir dari keluarga Katolik, Brandy tidak lantas sepenuhnya percaya dengan keberadaan Tuhan. Bertahun-tahun Brandy mencari makna Tuhan dan akhirnya dia menemukannya.
Brandy penasaran dengan Islam. Sambil melancarkan aksi protes menentang Islam, Brandy mencari tahu tentang Islam di internet. Setelah banyak membaca, mata Brandy perlahan-lahan terbuka. Saat itu, saya bukan sekadar ingin tahu. Apa yang ada di kepala saya adalah agama macam apa yang memerintahkan pemeluknya untuk membunuh orang," kata Brandy dalam buku Kutemukan Surga-Mu dalam Islam halaman 56-57, seperti dikutip merdeka.com, Khamis (18/7).
Brandy pun semakin mempelajari Islam dengan lebih dalam dan membaca Al Quran. Dalam kitab Suci agama Islam itu, Brandy menemukan jawaban atas apa yang dipertanyakannya selama ini. "Ribuan halaman saya baca, dan saya tidak menemukan adanya ajaran Islam yang menyuruh orang untuk saling membunuh. Ajaran Islam mengajarkan manusia untuk berserah diri kepada Allah dan melarang membunuh orang yang tidak berdosa meskipun atas nama agama," terang Brandy.
Brandy menemukan jawaban tentang Tuhan. Brandy tidak lagi gundah, dan akhirnya memutuskan untuk datang ke masjid yang dikelola oleh Islamic Society of Michiana, yang terletak di kota South Bend dan bertemu dengan para muslimah.
Tiga bulan kemudian, Brandy menjadi Mualaf. Brandy mengganti baju ketat dengan pakaian longgar, menutup rambut dengan hijab. Brandy merasa damai ketika bersujud ketika salat, seolah Tuhan hanyalah satu jengkal di depannya. Brandy kini mengubah namanya menjadi Zahra Abaza, setelah menikah dengan seorang Muslim dari Alexandria, Mesir, Osama Abaza. Seorang yang dulu mengecam keras Islam, kini menjadi pejuang agama Islam. Brandy, yang kini kerap disapa Zahra, menjadi salah satu aktivis pada Islamic Society of Michiana.
sumber:Vemale.com
Kamis, 19 Desember 2013
Penjelasan Chetz Yusof Video Raya Dengan Anjing Hina Islam
Penjelasan Chetz Yusof pemilik video raya dengan anjing yang didakwa hina Islam. Terbaru ni, hangat diperkatakan apabila seorang individu didakwa menghina agama islam dengan membuat video menyambut perayaan Aidilfitri bersama beberapa ekor anjing. Oleh kerana dilemparkan dengan pelbagai cemuhan dan pandangan negatif, beliau tampil untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Untuk info, Chetz Yusof ni adalah seorang jejaka melayu yang gemar untuk memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan.
Video Hari Raya oleh Chetz Yusof
Penjelasan Chetz Yusof Video Raya Dengan Anjing Hina Islam
Saya tiada niat pun hina Islam sebaliknya video itu pada mulanya saya buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan. Menurutnya juga, video tersebut sudah lama sejak diterbitkan sejak tahun 2010 lagi dan kini hangat diperkatakan dilaman sosial.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela. Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi. Menurutnya, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
Video Siapa Sebenar Chetz Yusof
Biodata Chetz Yusof
Nama: Chetz Yusof
Usia: 35 Tahun
Hobi: Gemar memelihara anjing
Pekerjaan: Jurutera
sumber
Langganan:
Postingan (Atom)