Tampilkan postingan dengan label dua. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dua. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 22 Februari 2014
Lihat Reaksi Dua Lelaki Ini Ketika Merasakan Sakitnya Proses Melahirkan Anak Video
idbites
Apakah melahirkan itu sakit? Para Ibu-ibu di sini pasti sudah tahu jawabannya. Tapi bagi kaum lelaki, seberapa besar tingkatan sakit yang dirasakan para kaum hawa dalam proses tersebut tentu saja menjadi sebuah tanda tanya besar. Buat lelaki yang kepingin tahu rasanya melahirkan anak itu seperti apa, video ini mungkin akan membuatmu lebih menghormati ibu dan/atau isterimu tercinta.
Youtube
Sabtu, 21 Desember 2013
Dua Pelajar Maut Dirempuh Treler Tak Jauh Dari Kolej

KEMAMAN – Hasrat dua pelajar Ranaco Education & Training Institute (Reti) pulang ke hostel selepas tamat kelas berakhir dengan tragedi apabila maut dirempuh sebuah treler dalam nahas tragik di Kilometer 155.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Jambatan Geliga, Chukai, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Ezrein Fitri Shaiful Bahari, 18, yang menunggang motosikal dan rakannya yang membonceng, Mohd Shaufi q Shahfuan Soilin, 22, terperosok bawah treler dan nyaris digilis.
Mohd Ezrein yang berasal dari Taman Seri Paya Rumput, Melaka dan Mohd Shaufiq yang berasal dari Kuala Penyu, Sabah, merupakan pelajar semester pertama jurusan Diploma Pengurusan Profesional Keselamatan dan Kesihatan dan mula belajar di kolej berkenaan pada sesi kemasukan Oktober lalu.
Nahas itu berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari kampus Reti dan mereka baru sahaja tamat kelas jam 3 petang serta dalam perjalanan pulang ke hostel di Taman Banggol Indah, Mak Lagam yang jaraknya kira-kira 7 kilometer dari kampus.
Rakan sebilik mangsa, Mohd Shafik Afdal, 18, berkata, kedua-dua rakannya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika mereka makan tengah hari bersama di kafe di hadapan kampus.
“Semasa makan bersama, arwah Mohd Ezrein nampak agak gembira kerana dia beritahu pada saya yang ibunya baru sahaja kirimkan duit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kemaman, semalam.
Mohd Shafik berkata, dia hanya tahu tragedi menimpa dua rakannya itu selepas tamat kelas. “Semasa saya mahu pulang saya lihat jalan sesak. Ketika menghampiri lokasi kejadian sayu hati saya lihat kedua-duanya terperosok bawah treler,” katanya.
Treler terbabas Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika treler yang menghala ke arah Kuala Terengganu- Kuantan terbabas lalu melanggar motosikal mangsa yang juga dari arah sama.
“Berikutan itu, penunggang dan pembonceng tercampak atas penghadang tengah jalan lalu terperosok bawah treler yang melintangi jalan empat lorong berkenaan.
“Berikutan nahas ini, laluan dari Geliga ke Kuala Terengganu terpaksa ditutup dan dilencongkan ke Mak Lagam.
Laluan ke Kuantan pula dibuka satu lorong,” katanya. Nahas berkenaan menyebabkan jalan dari arah Kuala Terengganu-Kuantan sesak sejauh lebih 10 kilometer selama beberapa jam.
Pemandu treler berkenaan yang berusia 34 tahun dan berasal dari Taman Kampung Padang, 1, Kuantan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Chukai. - Sinar Harian Online
Langganan:
Postingan (Atom)